Sunday, August 30, 2015

Where process of healing starts

To help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it. pick yourself, and move on!

You build on failure. You use it as a stepping stone. Close the door on the past. You don't try to forget the mistakes, but you don't dwell on it. You don't let it have any of your energy, or any of your time,  or any of your space.

In three words, I sum up everything about life ; IT GOES ON.

Wednesday, February 25, 2015

Kak Afiah.

Sering menjadi mangsa ejekan oleh rakan Arabnya.
Disebabkan namanya yang bermaksud 'kesihatan' apabila di terjemahkan bulat-bulat,
daripada Arab ke Melayu.
Seorang muslimah yang menjadi contoh kepada muslimah yang lain.
Sama ada dari segi percakapan dan juga tingkah-laku. Mashaa Allah.
Kadang-kala, aku merasa ingin menjadi dia. Memakai purdah, menjaga batas pergaulannya,
Seorang yang sangat baik dan ikhlas dalam mencurahkan ilmu kepada kami yang memerlukan.
Apabila bersua, tidak akan lekang senyuman daripada bibirnya. Sifat mahmudah menyebabkan dia dikenali ramai. Apatah lagi di kalangan Arab. Banyak yang telah aku pelajari sepanjang perkenalanku dengannya. Alhamdulillah.. aku beranggapan bahawa Allah telah mengirim Kak Afiah kepadaku.
Bila ada masalah dan diceritakan kepadanya, pasti ada sahaja kata-kata semangat, kata-kata yang memberi harapan kepadaku untuk berubah menjadi lebih baik. Semoga Allah jadikan dia dalam kalangan orang mukmin.

In shaa Allah, aku akan berubah sedikit demi sedikit. Dalam menjalankan tugasku sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, akan aku persiapkan diri untuk menghadapi realiti, alam seterusnya. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Dan aku tahu, ilmu itu akan datang hanya dengan izinNya.

Baru-baru ni, aku baru sedar akan penyakit hati. Ada bermacam-macam penyakit hati. Pada suatu hari selepas bermuhasabah diri, aku baru sedar diri ini masih dikuasai oleh penyakit hati. Dan atas kesedaran itulah, baru ada keinginan untuk ingin berubah. Ya Allah, kau buangkanlah jauh-jauh penyakit hati itu. Kau dekatkanlah aku ke syurgaMu.

Apa yang aku tahu,  selagi kita hidup di muka bumi ini, selagi itu lah kita akan diuji dengan bermacam-macam dugaan. Doa jangan dilupakan kerana ia adalah senjata orang mukmin. Paling aku takut, dosaku tak dapat dikira dengan jari. Bagaimana pula dengan pahala? Allahu. Aku tak sanggup masuk neraka kerana aku tak dapat nak bayangkan betapa panasnya neraka Jahannam itu.

Akan tetapi, harus juga ingat, 'balance' antara syurga dan neraka juga perlu ada. 'Balance' bagaimanakah? Haa, takut akan neraka, mengharap akan syurga :)